Ora Good Cat memandu pulang Carlist.my Editors’ Choice Awards – Car of the Year dengan trofi “Kereta Paling Dinantikan Tahun Ini” ketika penyampaian anugerah tersebut yang diadakan baru-baru ini, memintas beberapa kenderaan elektrik (EV) lain untuk menerima anugerah tertinggi dalam kategori.
“Kami berbangga dengan pengiktirafan daripada Carlist.my kerana menganugerahkan Ora Good Cat sebagai ‘Kereta Paling Dinantikan Tahun Ini’.
“Kemenangan ini amat bermakna kepada kami memandangkan model itu merupakan kenderaan elektrik pertama yang kami perkenalkan ke pasaran Malaysia. Anugerah ini mendorong kami untuk menyampaikan penyelesaian yang lebih baik dan lebih hebat untuk rakyat Malaysia,” kata Daniel Lai, Ketua Jenama & Komunikasi GWM Malaysia.
“Ini adalah salah satu anugerah paling menarik dalam industri automotif dan kami berbesar hati kerana Ora Good Cat diiktiraf kerana reka bentuk yang sangat baik, kapasiti bateri, dalaman premium dan teknologi canggih,” tambahnya.
Rancangan GWM tertumpu untuk menyediakan pelanggan mereka perkhidmatan pelanggan yang terbaik melalui pelaksanaan bantuan tepi jalan 24 jam oleh syarikat insurans panel yang dilantik dan gudang alat ganti yang telah dibangunkan di Shah Alam.
Pengeluar kereta itu mensasarkan untuk membuka 15 pusat jualan sehenti dan pelbagai menjelang akhir 2023 dengan majoritinya terdiri daripada pusat 3S.
Baca: Prebiu: Ora Good Cat bakal dilancarkan di Malaysia pada Nov ini, harga sekitar RM 150k?
Antara kelebihan yang ada pada Ora Good Cat termasuk fungsi bantuan pemanduan tahap 2 (L2), menggabungkan fungsi seperti Adaptive Cruise Control (ACC), Forward Collision Warning (FCW), bantuan jaga lorong dan kamera sekeliling 360 darjah. Kenderaan elektrik itu juga dilengkapi dengan brek kecemasan autonomi.
Tambahan pula, Ora Good Cat telah direka bentuk dengan seni bina elektrik tulen GWM di bawah L.E.M.O.N. platform; yang bermaksud lightweight, electrification, multipurpose, Omni-protection dan network. Ia didatangkan dengan lima mod pemanduan iaitu Normal, Sport, Eco, Eco+ dan Auto.
Kenderaan elektrik (EV) itu dijual pada harga yang memberangsangkan, bermula daripada RM139,800 untuk varian 400 Pro sehingga RM169,800 untuk 500 Ultra, menjadikannya salah satu EV mampu milik di Malaysia.
Sebahagian daripada pembelian Ora Good Cat turut meliputi pakej 4-in-1 Purr-fect bertemakan kucing dengan pengecas mudah alih dan rumah, waranti 5 tahun/150,000 km, waranti bateri 8 tahun/180,000 km dan 5 servis penyelenggaraan berjadual percuma.
“Kami yakin dengan potensi dari Malaysia, dan itulah sebabnya kami turut mengumumkan Strategi Produk xEV “9 dalam 3” pada acara pelancaran media Ora Good Cat baru-baru ini, di mana GWM akan memperkenalkan 9 model, yang meliputi Sedan, SUV, trak pikap dan kategori lain, untuk membawa masuk tenaga baharu, kecerdasan baharu dan pengalaman pemanduan baharu kepada pengguna Malaysia,” kata Presiden GWM ASEAN, Elliot Zhang.
Pelanggan kini boleh melihat dan memandu uji Ora Good Cat di pengedar sah GWM yang ditetapkan di Glenmarie, Puchong dan Pulau Pinang.
Baca: GWM akan mula CKD tahun 2023 – Haval H6, GWM Pao dan Ora EV menyusul untuk saingi jenama Jepun!
Source: Ora Good Cat dinobatkan sebagai “Kereta yang Paling Dinantikan” pada Carlist Car of the Year 2022!