Moto Morini memasuki pasaran tempatan secara rasminya pada April tahun ini dengan motosikal bergaya ‘Adventure Touring’, Moto Morini X-Cape 650/X menjadi penawaran sulung dan tunggalnya setakat ini.
Memperoleh maklum balas yang positif daripada pengguna tempatan, ada khabar gembira diperoleh apabila menurut sumber, pengedar rasmi jenama Moto Morini di pasaran tempatan iaitu MForce Bike Holdings (MForce) merancang untuk meningkatkan penawaran jenama itu.
Juga baca: Moto Morini X-Cape 650 (2022) buat debut rasmi di Malaysia, dua varian, harga asas bermula RM 39.9k!
Sebagai permulaan dan kepada yang tidak tahu, Moto Morini adalah jenama Itali yang diberi ‘nafas baharu’ menerusi pemilikan syarikat China sejak beberapa tahun lalu.
Dan antara model baharu yang diperkenalkan selain Moto Morini X-Cape 650/X adalah Moto Morini Seiemmezzo.
Jika Moto Morini X-Cape 650/X bergaya ‘Adventure touring’, Morini Seiemmezzo adalah motosikal bergaya ‘Naked Scrambler’ yang turut popular ketika ini.
Dan seperti ‘saudaranya’ itu, Moto Morini Seiemmezzo turut memiliki rekaan yang ‘hensem’, sesuatu yang memang sinonim dengan Moto Morini sejak dulu lagi.
Di pasaran Eropah, Moto Morini Seiemmezzo yang dijual dalam dua varian iaitu STR dan SCR merujuk kepada 6 setengah, seperti yang ditunjukkan di panel sisi badan motosikal itu dalam bahasa Itali.
Justeru seperti namanya itu, ia dipadankan dengan enjin bersesaran 650 cc. Dan enjin berkenaan, 650 cc, 2 Silinder Parallel-twin, Penyejuk Cecair, Suntikan Bahan Api dan menghasilkan sekitar 61 Hp dan tork 54 Nm adalah enjin yang sama digunakan X-Cape 650/X ketika ini.
Sekalipun memiliki rekaan asas yang sama, tetapi Moto Morini Seiemmezzo STR datang dengan penampilan ‘Naked’ moden berbanding SCR yang tampil lebih ‘ganas’ ala scrambler.
Dan apa yang membezakan kedua-dua varian ini adalah membabitkan gayanya dengan SCR tampil dengan rim jejari manakala STR dilengkapi rim aloi. Selain itu, SCR turut dipadankan dengan ‘mudguard’ depan tinggi, memiliki visor angin serta pelana bergaya retro-klasik.
Juga baca: Moto Morini X-Cape 650/X tak cukup lasak, ini dia diperkenalkan X-Cape ADV-R!
Tiada perbezaan di bahagian suspensi dengan kedua-dua varian menggunakan fork jenis terbalik (USD) daripada Kayaba 43 mm, penyerap hentak tunggal (belakang) dengan ciri boleh laras (preload), brek cakera berkembar 298 mm (depan) dengan kaliper daripada Brembo, cakera tunggal 255 mm (belakang juga dengan kaliper Brembo lengkap dengan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dua saluran.
Tidak dapat dipastikan varian mana yang akan tiba di pasaran tempatan atau kedua-duanya namun menurut sumber, apa yang lebih mengujakan ialah Moto Morini Seiemmezzo dikatakan sedang menjalani ujian jalan raya untuk mendapatkan kelulusan VTA daripada pihak berkuasa.
Pada tahun ini, MForce sememangnya cukup aktif menerusi pelancaran pelbagai model-model menarik antaranya Moto Morini X-Cape 650/X, WMoto XTreme 150i, WMoto, QJ Motor dan terbaharu, WMoto XDV 250i di pasaran tempatan.
Dan jika tiada kesalahan, Moto Morini Seiemmezzo akan menjadi salah satu penawaran yang hangat bagi tahun 2023.
Source: MForce bakal tambah penawaran Moto Morini di Malaysia tahun depan, Seiemmezzo ‘dalam perjalanan’?