Didi Automotive ambil alih tugas pengedar rasmi Triumph Motorcycle di Malaysia!

Seperti dijangka, syarikat pengedar rasmi beberapa jenama motosikal antarabangsa di pasaran tempatan, Didi Automotive menambah satu lagi jenama gergasi dalam portfolio edarannya, Triumph Motorcycle.

Syarikat yang bertanggungjawab dalam pengedaran jenama Harley-Davidson, Royal Enfield, Aprilia, Moto Guzzi dan Vespa di Malaysia itu akan menjadi pengedar rasmi baharu Triumph Motorcycle menggantikan Fast Bikes bermula 15 Januari tahun depan.

Juga baca: Satu lagi jenama motosikal bakal sertai Didi Resources di Malaysia, tapi bukan jenama Itali!

Menerusi satu kenyataan daripada Triumph Motorcycles, Didi Automotive akan bertanggungjawab untuk menguruskan pengimportan, penjualan dan pengedaran motosikal serta pembangunan berterusan jenama Triumph di pasaran Malaysia.

Untuk itu, Didi Automotive dijadual membuka dua kemudahan bilik pameran Triumph baharu yang dirancang di Petaling Jaya dan Pulau Pinang yang dijanjikan akan menyediakan pelanggannya pengalaman jenama terkemuka United Kingdom itu. 

Selain menawarkan kemudahan terkini, kemudahan itu turut memiliki kakitangan terlatih, perkhidmatan di tahap tertinggi, perkhidmatan selepas jualan dan penjagaan pelanggan.

Menurut Triumph Motorcycles, Malaysia adalah pasaran penting kepada syarikat itu dan menjadi antara lima pasaran motosikal utama di rantau Asia Tenggara.

Sebagai rekod, model seperti Trident dan Tiger Sport dijangka menjadi antara yang paling popular dalam kalangan pengguna di Malaysia.

Mengulas lanjut mengenai kerjasama dengan Didi Automotive, Ketua Pegawai Komersial Triumph Motorcycles Ltd, Paul Stroud situasi itu akan membolehkan Triumph menjadi jenama yang lebih mudah diakses oleh peminat motosikal.

Pengerusi Didi Group, Rewi Hamid Bugo berkata kumpulan itu menyatakan komitmen untuk menyampaikan pengalaman gaya hidup pemilikan terbaik untuk pemilik sedia ada dan baharu mengikut piawaian Triumph dengan sentuhan tempatan.

Perkembangan berkaitan, Triumph mengesahkan bakal melancarkan model dengan sesaran lebih rendah dengan kerjasama Bajaj Automotive yang menjadikan jenama itu lebih mudah diakses oleh peminat di Malaysia.

Juga baca: Kerjasama Fast Bikes, Triumph berakhir 14 Januari 2023, ubah jadi Honda Big Wing!

Source: Didi Automotive ambil alih tugas pengedar rasmi Triumph Motorcycle di Malaysia!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

WelfulloutDoors.com