WMoto XDV 250i (2023) rasmi ‘mendarat’ di Malaysia, harga asas bermula RM 18.9k!

Seperti dijanjikan, satu lagi penawaran menarik dalam segmen skuter bergaya ‘Adventure’ dibawa masuk MForce Bike Holdings (MForce) di pasaran tempatan menerusi pelancaran WMoto XDV 250i (2023), hari ini.

Untuk pasaran Malaysia, pihak pengedar MForce Holdings (MForce) menawarkan WMoto XDV 250i dalam dua varian iaitu Standard dan Project-X.

Dan seperti kebanyakan model yang diedarkan oleh pihak MForce, ia tiba dengan penawaran harga asas (Tidak termasuk cukai jalan, pendaftaran) menarik seperti berikut:

WMoto XDV 250i (2023) Standard

  • Harga: RM 18,888
  • Pilihan warna: Admiral Blue, Scarlet Red

WMoto XDV 250i (2023) Project-X

  • Harga: RM 21,888
  • Pilihan warna: Majestic Black

Sebagai perbezaan, WMoto XDV 250i (2023) Project X datang dengan pelbagai ‘jajan’ atau aksesori khususnya untuk penggemar aktiviti penjelajahan.

‘Jajan’ berikut adalah:

  • Tiga box pengangkut barangan
  • Visor angin yang tinggi
  • Rim jejari tubeless

Meneliti rekaan WMoto XDV 250i, ia sememangnya menepati ciri sebagai sebuah skuter bergaya ADV yang garang dan agresif yang sememangnya cukup diminati ketika ini.

Spesifikasi mekanikal, trenkuasa yang digunakan XDV 250 enjin bersesaran 244.3 cc, 1 Silinder, 4 Lejang, 4 Injap, Penyejuk Cecair, Suntikan Bahan Api, SOHC yang digandingkan dengan transmisi automatik.

Kuasa yang dihasilkan adalah sekitar 24 Hp pada 8,750 rpm dan tork 23 Nm pada 6,750 rpm. 

Selaras dengan gayanya yang lasak, WMoto XDV 250i dipadankan dengan pelbagai komponen premium antaranya fork jenis terbalik (USD), penyerap hentak berkembar lengkap dengan ‘subtank’ belakang dibekalkan jenama Kayaba boleh laras.

Untuk brek, skuter ini datang dengan sistem brek cakera tunggal 240 mm dengan kaliper jenama J.Juan (depan) dan cakera tunggal 220 mm (belakang) yang lengkap dengan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dua saluran.

Sistem lampu digunakan adalah LED sepenuhnya termasuk lampu siang (DRL), kunci pintar, slot pengecas USB dan port 12V, visor angin boleh laras dan ruang simpanan bawah pelana yang mampu memuatkan helmet ‘Fullface’.

Begitupun, panel meter WMoto XDV 250i ini masih menggunakan panel jenis digital LCD dan bukannya TFT berwarna seperti ‘saudaranya’ WMoto RT3. Set tayar menggunakan jenis ‘dual-purpose’ dan tangki bahan api yang sebesar 13.5 liter.

Sempena pelancarannya juga, Ketua Pengawai Operasi MForce Bike Holdings, Asri Ahmad turut menyerahkan 23 unit WMoto XDV 250i (2023) untuk diuji pihak media termasuk Wapcar.com.

Untuk jaminan, tempoh yang diberikan MForce adalah selama dua tahun atau jarak perjalanan 20,000 km (yang mana tiba dahulu) dan perkhidmatan pembelian alat ganti tulen atas talian.

Kepada yang berminat, WMoto XDV 250i (2023) ini akan mula berada di cawangan pengedar sah MForce bermula pada jam 12 tengah hari esok (10 Disember 2022).

Source: WMoto XDV 250i (2023) rasmi ‘mendarat’ di Malaysia, harga asas bermula RM 18.9k!

Leave a Reply

Your email address will not be published.

WelfulloutDoors.com