(Video) Bantu polis kesan pemandu kereta Singapura halang ambulans, Mercedes-Benz A180 SFM 1161 Y

Mana-mana pihak yang mempunyai maklumat berhubung kejadian tular dimana sebuah Mercedes-Benz A180 bernombor pendaftaran Singapura menghalang laluan sebuah ambulans diminta segera membuat laporan kepada pihak Polis DiRaja Malaysia (PDRM).

Ketua Polis Johor Bahru Selatan Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, setakat 8 Disember, pihaknya belum menerima sebarang laporan polis berhubung insiden berkenaan dan meminta orang ramai tampil memberi maklumat.

Menurut rakaman dashcam tular dikongsikan oleh SG Road Vigilante, kereta Mercedes-Benz berwarna hitam dan bernombor pendaftaran SFM 1161 Y dilihat mendesak untuk maju ke hadapan di laluan asalnya sedangkan sebuah ambulans sedang perlahan-lahan beralih masuk di hadapannya di lorong berkenaan. Ambulans berkenaan dilihat memasang lampu siren dan pemandunya juga memberi isyarat untuk masuk ke laluan tersebut, namun pemandu kereta mewah itu enggan berganjak.

Kejadian dipercayai berlaku di lebuh raya Johor Bahru menuju ke Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Bangunan Sultan Iskandar (BSI) pada jam 4.37 petang Rabu, 7 Disember 2022.

Tindakan ini bukan saja membahayakan pengguna jalan raya lain, namun ia juga merupakan satu kesalahan iaitu tidak memberi laluan atau menghalang laluan kenderaan kecemasan.

Sebagai info, kesalahan tidak memberi laluan kepada ambulans boleh menyebabkan siasatan dibuat mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Source: (Video) Bantu polis kesan pemandu kereta Singapura halang ambulans, Mercedes-Benz A180 SFM 1161 Y

Leave a Reply

Your email address will not be published.

WelfulloutDoors.com