6 perkara tentang BYD Dolphin, EV harga bawah RM 100k pertama di Malaysia?

BYD Sime Darby Motors Malaysia (pengedar kereta BYD di Malaysia) telah memberikan pratonton kepada BYD Dolphin dan BYD Seal ketika pelancaran BYD Atto 3.

Syarikat itu menyasarkan pelancaran suku ke-4 tahun 2023 di Malaysia untuk kedua-dua model BYD Dolphin dan BYD Seal.

Untuk itu, berikut adalah 5 perkara mengenai BYD Dolphin.

1. Sebesar Perodua Myvi?

BYD Dolphin ialah hatchback segmen-B, kenderaan elektrik bateri sepenuhnya, boleh ditawarkan pada harga di bawah RM 100k (kereta elektrik termurah sekarang bermula dari RM 150k) dengan jarak gerak sekitar 300 km – 400 km (MINI Cooper SE berharga RM 218k mempunyai jarak gerak sekadar ~230 km).

2. Varian BYD Dolphin

Varian dengan motor elektrik berkuasa tinggi 177 PS/290 Nm dijana oleh pek bateri Blade 44.9 kWj, memberikan BYD Dolphin jarak gerak sehingga 401 km mengikut ujian NEDC.

Bagi varian yang lebih rendah, motor 95 PS/180 Nm yang kurang berkuasa menggunakan bateri yang sama, namun hanya mampu menambah jarak gerak sehingga 405 km sahaja.

Terdapat varian pengenalan BYD Dolphin yang menggandingkan motor 95 PS/180 Nm dengan bateri 30.7 kWj yang lebih kecil. Ia mempunyai julat maksimum NEDC 301 km.

3. Prestasi pengecasan

Untuk varian yang lebih berkuasa, BYD Dolphin mengambil masa 6 jam dan 25 minit untuk pengecasan melalui port biasa AC 7 kW manakala pengecasan pantas DC (sehingga 60 kW) mampu mengecas dari 30% hingga 50% dalam masa 30 minit.

4. Apa kelebihan BYD Dolphin?

BYD Dolphin menggunakan bateri Blade, dibangunkan sendiri oleh BYD yang terdiri daripada litium besi fosfat (LFP).

Penggunaan LFP secara teorinya lebih selamat, dengan kos lebih murah dan mempunyai kitaran hayat yang lebih lama. Kelemahannya ialah ketumpatan tenaga yang lebih rendah berbanding bateri litium ternar (lithium ternary).

Namun, rekaan industri bateri Blade itu sendiri mampu mengurangkan kelemahan tersebut dengan faktor bentuk pintar, membolehkan ketumpatan tenaga yang lebih tinggi untuk pek bateri.

5. Adakah namanya diinspirasikan oleh Perodua zaman 90-an?

Tidak. Nama hidupan akuatik dipilih berdasarkan model siri BYD Ocean, dengan 2 model di bawah siri ini ialah BYD Dolphin dan BYD Seal, kedua-duanya bakal menyusul ke Malaysia.

6. Berapakah sasaran harga BYD Dolphin?

Di China, BYD Dolphin bermula dari CNY 93,800 (sekitar RM 59k).

Bagi pasaran Thailand pula, BYD Dolphin disasarkan harga, belum dijual secara rasmi, pada THB 700,000 (~RM 88k) namun ini masih berdasarkan insentif oleh kerajaan termasuk rebat dan pengecualian cukai eksais penuh.

Malaysia melalui Bajet 2022 memberikan pengecualian sepenuhnya ke atas duti import, duti eksais dan cukai jualan bagi kenderaan EV. Pengecualian cukai jalan sehingga 100% juga diberikan. Di samping itu, pelepasan cukai pendapatan individu sehingga RM2,500 turut diberikan ke atas kos pembelian dan pemasangan, sewaan dan sewa beli kemudahan serta bayaran yuran langganan kemudahan pengecasan EV. Kesemua ini bakal tamat pada tahun 2023.

Baca: BYD Seal dipamerkan di Malaysia, bakal tembus pasaran, jarak pandu 700 km, 530 PS

Source: 6 perkara tentang BYD Dolphin, EV harga bawah RM 100k pertama di Malaysia?

Leave a Reply

Your email address will not be published.

WelfulloutDoors.com