Tesla nampaknya telah menembus pasaran Thailand secara rasmi melalui pelancaran sedan Model 3 dan SUV Model Y. Pembeli di sana kini boleh menempah kedua-dua kereta elektrik melalui konfigurasi dalam talian Tesla. Penyerahan pula dijadualkan seawal suku pertama (S1) 2023.
Di sana, Tesla Model 3 dan Model Y ditawarkan dengan tiga trim. Harga Model 3 bermula dari:
- THB 1,759,000 (~RM 220k) untuk trim asas
- THB 1,999,000 (~RM 251k) untuk Long Range
- THB 2,309,000 (~RM 290k) untuk Performance
Model Y pula berharga dari:
- THB 1,959,000 (~RM 245k) untuk trim asas
- THB 2,259,000 (~RM 283k) untuk Long Range
- THB 2,509,000 (~RM 314k) untuk Performance
Di bawah adalah spesifikasi buat Model 3 di Thailand:
Spesifikasi Tesla Model 3 di Thailand | |||
---|---|---|---|
Item | Asas | Long Range | Performance |
Jarak pandu (NEDC, km) | 559 | 681 | 608 |
0-100 km/j (s) | 6.1 | 4.4 | 3.3 |
Pacuan | RWD | AWD | AWD |
Output | 283 PS / 420 Nm | 498 PS / 493 Nm | 513 PS / 660 Nm |
Bateri (kWj) | 57.5 | 75 | 75 |
Pengecasan (AC) | 11 kW | 11 kW | 11kW |
Pengecasan (DC) | 170 kW | 250 kW | 250 kW |
Untuk Model Y pula adalah seperti di bawah:
Spesifikasi Tesla Model Y di Thailand | |||
---|---|---|---|
Item | Asas | Long Range | Performance |
Jarak pandu (NEDC, km) | 510 | 623 | 582 |
0-100 km/j (s) | 6.9 | 5.0 | 3.7 |
Pacuan | RWD | AWD | AWD |
Output | 347 PS / 420 Nm | 514 PS / 493 Nm | 534 PS / 660 Nm |
Bateri (kWj) | 57.5 | 75 | 75 |
Pengecasan (AC) | 11 kW | 11 kW | 11kW |
Pengecasan (DC) | 170 kW | 250 kW | 250 kW |
Buat masa sekarang, Tesla Store masih belum ada di Thailand. Namun begitu, Tesla memberitahu bahawa syarikat itu berhasrat untuk buka Tesla Service Centre pertama pada suku 1 2023 iaitu sebaik sahaja kumpulan pertama mula diserahkan.
Dalam masa yang sama, Tesla juga berkata bahawa Supercharger pertama di Thailand akan dibuka dan menurut jurucakapnya, pemilik Tesla di Thailand akan mendapat akses ke lebih 10 stesen Supercharging menjelang akhir 2023.
Source: Tesla Model 3 & Model Y dilancar di Thailand, dari RM 221k, jarak pandu mencecah 681 km