Subaru WRX generasi 2022 kini di Malaysia – ‘Impreza’ baharu, anggaran RM 285k, 275 PS, EyeSight

Walaupun nama Impreza telah digugurkan, Subaru WRX generasi 2022 tetap kekal dengan resepi azimat yang membuatkan model ini ikonik dalam arena permotoran. Kini, jentera serba baharu ini sudah ada di Malaysia dan ia dipamerkan di Subaru Petaling Jaya yang terletak di sekitar Lebuhraya Persekutuan.

Subaru WRX Wagon, model di pasaran Australia.

Didatangkan sebagai model import (CBU) dari Jepun, Subaru Malaysia menawarkan WRX 2022 dalam bentuk sedan dan wagon (dipanggil sebagai Levorg). Harganya adalah seperti berikut:

Harga Subaru WRX 2022 di Malaysia
Model Harga anggaran
WRX Sedan 6 MT: RM 286,245

CVT EyeSight: RM 296,245

WRX Wagon CVT GT-S EyeSight: RM 285,245

Apapun, disebabkan piawaian pelepasan yang makin ketat, WRX generasi ini tiada versi STI.

275 PS, pacuan semua roda Symmetrical AWD

Walau bagaimanapun, prestasinya tetap mantap melalui janaan kuasa enjin FA24F 2.4L turbo Boxer yang menghembuskan 275 PS dan 375 Nm tork. Menariknya, pilihan transmisi manual 6 kelajuan tetap ada.

Dengan menggunakan asas Subaru Global Platform (SGP), WRX baharu turut menghadiri sistem pacuan semua roda Symmetrical All-Wheel Drive (AWD) dan Active Torque Vectoring.

Antara kelengkapan yang ada termasuklah lampu depan jenis LED berpelaras automatik, lampu belakang LED, rim 18 inci dan sistem kemasukan dan hidup enjin tanpa kunci.

Infotainment 11.6 inci, model pandu SI

Masuk ke bahagian dalam, terdapat kluster analog yang ada paparan maklumat bersaiz 4.2 inci. Apa yang mendominasikan bahagian kabin WRX baharu adalah skrin infotainment potret bersaiz 11.6 inci.

Kalau anda nak tahu, paparan penyaman udara dwi-zon juga dimasukkan sekali dalam skrin tersebut. Dalam masa yang sama, sokongan Apple CarPlay dan Android Auto juga ada.

Satu ciri mudah untuk membezakan varian manual dengan CVT adalah pelaras jenis manual buat tempat duduk pemandu. Apapun, perbezaan RM 10k buat varian CVT turut mendatangkan ciri seperti brek parkir elektrik (EPB) dengan fungsi auto hold serta mod pandu SI (Subaru Intelligent Drive) yang terdiri daripada Sport dan Intelligent.

Antara ciri yang dilengkapkan eksklusif buat varian CVT juga adalah pelaras kuasa 10 hala buat tempat duduk pemandu, penyaman udara belakang dan ADAS EyeSight. Istimewa untuk WRX versi Wagon adalah pelaras kuasa 8 hala buat tempat duduk penumpang depan.

Perkhidmatan selepas jualan dan waranti

Secara amnya, pembelian Subaru WRX baharu dilengkapkan dengan waranti 5 tahun/100,000 km. Harga yang diberikan setakat ini pula hanyalah anggaran. Apapun, tempahan buat legenda model berprestasi tinggi ini sudah dibuka buat seluruh rakyat Malaysia.

Source: Subaru WRX generasi 2022 kini di Malaysia – ‘Impreza’ baharu, anggaran RM 285k, 275 PS, EyeSight

Leave a Reply

Your email address will not be published.

WelfulloutDoors.com