BYD Seal dipamerkan di Malaysia, bakal tembus pasaran, jarak pandu 700 km, 530 PS

Sewaktu majlis pelancaran BYD Atto 3 berlangsung sebentar tadi, BYD SD Motors Malaysia (pengedar BYD di Malaysia) turut mempamerkan BYD Seal. Syarikat itu berancang untuk melancarkannya pada suku 4 2023.

Juga bacaBYD Atto 3 dilancar di Malaysia – dari RM 150k, SUV EV saiz X50 dengan jarak pandu 480 km

Bagi anda yang belum tahu, BYD Seal dikatakan sebagai pesaing kepada Tesla Model 3. Apa yang uniknya Seal berbanding Atto 3 adalah ia menggunakan konfigurasi pacuan roda belakang atau semua roda.

Di China, terdapat empat varian dengan julat output dari 201 PS ke 530 PS. Butirannya seperti di bawah:

  • Standard Range, RWD Elite/Premium – jarak pandu 550 km, motor 201 PS
  • Long Range RWD – jarak pandu 700 km, motor 312 PS
  • Long Range AWD Performance – jarak pandu 650 km, motor 523 PS

Mengenai varian AWD Performance, ia boleh memecut dari 0 – 100 km/j dalam masa 3.8 saat sahaja. Kapasiti bateri pula adalah 61.44 kWj untuk varian Standard Range. Varian Long Range pula menggunakan bateri berkapasiti 82.56 kWj.

Secara teknikal, Seal adalah model BYD pertama yang menggunakan sistem struktur bateri cell-to-body (CTB).

Menurut BYD, bateri CTB ini meningkatkan volum pek bateri sebanyak 66% dan untuk pelanggaran depan pula, struktur ketahanannya dapat dipertingkatkan sebanyak 50%.

Source: BYD Seal dipamerkan di Malaysia, bakal tembus pasaran, jarak pandu 700 km, 530 PS

Leave a Reply

Your email address will not be published.

WelfulloutDoors.com