MIE Racing Honda, Hafizh Syahrin bakal guna seragam baharu di WSBK 2023, dapat tajaan Petronas?

Pengumuman pengesahan pelumba negara, Hafizh Syahrin Abdullah untuk kekal bersama pasukan MIE Racing Honda di Kejuaraan Superbike Dunia (WSBK) bagi musim 2023 bukan saja memberi kelegaan, tapi pada masa sama turut menimbulkan persoalan.

Hafizh bersama Midori Moriwaki

Apa tidaknya, Hafizh yang juga bekas pelumba MotoGP tampak bergelut dalam penampilan sulungnya musim ini dan menamatkan kempen 2022 di tangga ke-23 keseluruhan dan sekadar mengutip 10 mata kejuaraan.

Juga baca: Hafizh Syahrin muat naik uacapan selamat tinggal kepada Honda CBR1000RR-R, WSBK Australia perlumbaan terakhir?

Ketika Prinsipal MIE Racing Honda, Modori Moriwaki mendedahkan pada Oktober lalu ketika GP Malaysia 2022 dia mahu Hafizh kekal bersama pasukan itu pada musim 2023, tiada sebarang kata putus dinyatakan pelumba kelahiran Ampang itu.

Malah Hafizh, 28 tahun turut meluahkan jentera yang digunakan, Honda CBR1000RR-R tidak begitu kompetitif di perlumbaan berkenaan malah memberi bayangan untuk meninggalkan kejuaraan itu sebelum segalanya berubah, dua hari lalu.

Menurut Hafizh, antara sebab dia kekal bersama pasukan itu adalah disebabkan dia mengatahui yang Midori sedang merencanakan pakej yang lebih baik buat pasukan pada musim 2023.

Apa yang pasti, MIE Racing Honda pastinya menuntut pakej yang lebih baik pada musim depan dengan Midori menjangkakan jentera Honda CBR1000RR-R yang akan digunakan akan berada di tahap sama jentera digunakan pasukan ‘kilang’, HRC (Honda Racing Corporation) pada musim ini.

Juga baca: Hafizh Syahrin tutup kempen WSBK 2022 dengan 3 mata di Australia, destinasi musim depan kekal teka teki!

Liveri jentera Hafizh musim 2022

Tetapi ada perkembangan yang turut tidak kurang menariknya yang dipetik daripada laporan media sukan permotoran Jerman, speedweek.com. apabila syarikat petroleum gergasi negara, Petronas akan menyertai pasukan itu berkemungkinan besar sebagai penaja.

Pasukan Petronas MIE Racing di GP Malaysia 2022

Kepada yang mengikuti perjalanan karier Hafizh, dia boleh disifatkan sebagai ‘anak emas’ Petronas dengan sejarah panjang sejak di arena Cub Prix sehingga ke Kejuaraan Motosikal Dunia.

Dan kepada yang tidak tahu, Moriwaki juga bukan asing dengan kerjasama bersama Petronas malah pasukan Moto2 negara yang beraksi secara ‘wildcard’ di GP Malaysia 2022 adalah pasukan membabitkan kerjasama kedua-dua pihak.

Juga baca: Rasmi: Hafizh Syahrin kekal di WSBK, lengkapkan senarai pelumba MIE Racing Honda musim 2023!

Source: MIE Racing Honda, Hafizh Syahrin bakal guna seragam baharu di WSBK 2023, dapat tajaan Petronas?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

WelfulloutDoors.com