KTM diintip lagi uji ‘Sportbike’ baru, tapi belum bertaraf ‘Superbike’?

KTM antara jenama yang bersaing di pentas elit, MotoGP tetapi agak aneh, syarikat pengeluar motosikal gergasi Austria ini tidak memiliki jentera ‘Sportbike’ jalanan aras tinggi yang mungkin boleh dibanggakan.

Begitupun, situasi itu mungkin nampaknya akan berubah tidak lama lagi selepas KTM sudah beberapa kali berjaya diintip sedang menjalankan ujian model Sportbike, terbaharu, beberapa hari lepas.

Juga baca: Tak sampai 5 minit, kesemua 100 unit KTM RC 8C habis ‘disambar’!

Dilaporkan oleh media automototif Jerman, Motorrad.de, motosikal yang diuji oleh KTM itu adalah model yang mempunyai fairing penuh.

Sebagai info, KTM pernah menghasilkan model Superbike dikenali KTM 1190 RC8 namun ia tidak mampu bersaing dengan pencabarnya dari sudut spesifikasi mahupun trenkuasa.

Tetapi sedikit mengecewakan, menurut Motorrad lagi, model yang sedang diuji tidak berada dalam segmen Sportbike aras tinggi iaitu Superbike, malah Supersports.

Ini kerana meskipun didakwa akan menggunakan enjin berkapasiti 1000 cc, model terbaharu ini dikatakan menggunakan enjin yang sama dengan KTM 890 Duke yang diperbesarkan kapasiti enjinnya.

Juga baca: KTM RC 390 (2022) generasi baharu ‘mendarat’ di Malaysia, debut di GP Malaysia 2022, harga asas RM 33.8k!

Justeru, model yang berkemungkinan menggunakan nama KTM RC 990 ini akan menggunakan enjin berkonfigurasi 999 cc, 2 Silinder Sebaris dan bukannya V4 atau 4 Silinder seperti kebanyakan model ternama lain.

Apa yang lebih mengecewakan, model ini dijangka hanya mempunyai kuasa sekitar 135 ke 140 Hp.

Ketika ini, rata-rata model Sportbike aras tinggi jenama lain sudah pun melepasi angka 200 Hp.

Terkenal dengan model ‘Naked’ menerusi Duke dan lasak menerusi model ‘Adventure’, KTM sebenarnya sudah pun mempunyai jaguh terbaharu dalam segmen fairing penuh menerusi KTM RC 8C.

Laris bak pisang goreng panas ketika dilancarkan, KTM RC 8C begitupun dibina dalam unit terhad dan penggunaannya juga terhad untuk penggunaan dalam litar.

Sebagai info, versi kedua KTM RC 8C yang dilancarkan beberapa bulan lalu habis dalam tempoh kurang 3 minit selepas tempahan dibuka, situasi yang memberi KTM keyakinan model Sportbike jenama itu tetap mempunyai peminatnya tersendiri.

Meneliti imej intip itu dengan lebih terperinci, ia menggunakan kerangka berbeza daripada model Duke, malah sistem suspensi dan ekzos juga serba baharu. 

Rekaannya fairingnya nampak mengikuti kehendak semasa dengan bahagian depan menggunakan lampu LED projektor tunggal yang kemudian nampaknya seperti akan diapit lampu siang (DRL).

Juga baca: KTM 890 Adventure, 890 Duke R, RC 200 (2022) mendarat di Malaysia, harga asas mula RM 15.8k!

Dan apa yang membuatkan ia berkemungkinan besar bukan model edisi terhad di litar, ia turut datang dengan pelana pembonceng.

Tidak diketahui bila KTM akan melancarkan model ini tetapi apa yang pasti, ia memang sesuatu yang mengujakan.

Sumber imej: Motorrad.de

Source: KTM diintip lagi uji ‘Sportbike’ baru, tapi belum bertaraf ‘Superbike’?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

WelfulloutDoors.com