BYD Atto 3 dilancar di Malaysia – dari RM 150k, SUV EV saiz X50 dengan jarak pandu 480 km

BYD Atto 3 2022 baru sahaja dilancarkan ke pasaran Malaysia sebentar tadi.  SUV EV yang diimport dari China (CBU) ini hadir dengan varian Standard dan Extended.

Harganya ditawarkan pada RM 149,800 untuk Standard dan RM 167,800 untuk Extended.

Prestasi dan jarak pandu

Varian Standard menggunakan bateri 49.92 kWj, manakala varian Extended lengkap dengan kapasiti 60.48 kWj. Kedua-dua BYD Atto 3 menerapkan penggunaan bater ‘Blade’ yang diperbuat daripada fosfat ion-litium (LFP).

 

Secara amnya, jarak pandu buat varian Standard adalah 410 km NEDC (345 km WLTP). Varian Extended pula mampu mencapai 480 km NEDC (420 km WLTP). Pengecasan AC adalah melalui penyambung Type 2. Pengecasan pantas DC pula disokong oleh penyambung CCS2.

Tempoh pengecasannya adalah seperti di bawah:

Pengecasan BYD Atto 3 2022
Standard (49.92 kWj) Extended (60.48 kWj)
Pengecasan AC (6.6 kW): ~8 jam

DC (70 kW), 30% – 80%: ~30 min

DC (70 kW), 20% – 80%: ~35 min

DC (70 kW), 0% – 80%: ~50 min

DC (70 kW), 0% – 80%: ~1j 20 min

Pengecasan AC (6.6 kW): ~9.5 jam

DC (80 kW), 30% – 80%: ~30 min

DC (80 kW), 20% – 80%: ~35 min

DC (80 kW), 0% – 80%: ~50 min

DC (80 kW), 0% – 80%: ~1j 20 min

Bateri Blade.

Dari segi teknikal, kedua-dua BYD Atto 3 dikuasakan oleh motor elektrik depan yang menghembuskan 204 PS/310 Nm. Pecutan 0 – 100 km/j pula mengambil masa 7.3 saat. Menurut BYD, Atto 3 menggunakan teknologi Cooperative Regenerative Braking System (CRBS) yang mana ia boleh menjana 10% lebih tenaga sewaktu brek.

Berkenaan aspek pengendalian, Atto 3 hadir dengan suspensi depan jenis McPherson dan belakang jenis multi-link. Jarak pusingan penuh buat sterengnya pula hanya mengambil ruang 5.3 meter.

Eksterior dan Interior

 

Warna pada bahagian luar datang dengan lima pilihan yang terdiri daripada Parkour Red, Surf Blue, Ski White, Boulder Grey dan Forest Green.

Mengenai spesifikasi pada bahagian dalam, BYD Atto 3 varian Extended lengkap dengan lampu LED, rim 18 inci, lampu ambient lighting (Extended ada nyalaan multi yang mengikut rentas musik), pengecas tanpa wayar dan but belakang berkuasa.

Antara ciri standard yang didatangkan termasuklah kluster digital 5 inci, pelaras kuasa untuk tempat duduk depan yang boleh pusing macam kerusi ‘gaming’ dan infotainment 12.8 inci yang menyokong Apple CarPlay dan Android Auto.

Eksklusif untuk varian Extended adalah sistem audio Dirac HD Sound 8 pembesar suara. pengecas nirwayar dan penapis air PM 2.5.

Sebagai kereta elektrik, BYD Atto 3 juga menghadiri sistem bekalan kuasa V2L berkapasiti 2.2 kW.

Kunci keretanya pula menggunakan jenis kad kecil.

Secara amnya, kapasiti butnya adalah pada 440 liter tetapi kalau tempat duduk belakang diturunkan, ia boleh pergi sampai 1,340 liter.

Keselamatan

BYD Atto 3 di Malaysia lengkap dengan 7 beg udara, kamera 360-darjah, bacaan angin tayar (TPMS) dan ADAS DiPilot yang merangkumi ciri:

  • Stop & Go Full Speed Adaptive Cruise Control (ACC-S&G), julat 30-150 km/j
  • Automatic Emergency Braking System (AEB)
  • Front Collision Warning (FCW)
  • Rear Collision Warning (RCW)
  • Blind Spot Detection (BSD)
  • Lane Departure Warning (LDW)
  • Lane Keeping Assist (LKA)
  • Rear Cross Traffic Alert (RCTA)
  • Rear Cross Traffic Brake (RCTB)

Perkhidmatan selepas jualan dan pengerahan

Setiap pembelian BYD Atto 3 datang sekali dengan waranti 6 tahun/150,000 km. Waranti bateri pula selama 8 tahun/160,000 km. Waranti komponen unit pandu (motor, pengawal motor, perkakas DC, perkakas kawalan elektrik bervoltan tinggi) pula diberi sehingga 8 tahun/150,000 km.

Servis pertamanya perlu dibuat dalam masa 3 bulan/5,000 km yang pertama. Kemudian selang yang seterusnya adalah setiap 12 bulan/20,000 km.

Buat masa sekarang, BYD telah melabur RM 500 juta untuk membangunkan sehingga 20 buat bilik pameran di seluruh negara. Bilik pameran pertama akan dibuka pada pertengahan bulan ini di TREC KL. Bermula tahun 2023 pula, bilik pameran BYD akan dibuka di Ara Damansara, Penang dan Johor.

Untuk makluman anda, tempahan buat BYD Atto 3 telah dibuka sejak awal bulan lalu. Mereka yang menempah awal akan dapat kereta seawal bulan ini, manakala kumpulan kedua akan sedia diserahkan pada suku pertama (S1) 2023.

Juga bacaJualan BYD Atto 3 di Thailand ‘kaw kaw’, BYD Rever Thailand memperkenalkan varian baru yang lebih murah!

Source: BYD Atto 3 dilancar di Malaysia – dari RM 150k, SUV EV saiz X50 dengan jarak pandu 480 km

Leave a Reply

Your email address will not be published.

WelfulloutDoors.com