Honda Motor Vietnam lancar model baharu bulan ini, Winner X (RSX) 160 atau Vario 160?

Satu perkembangan mengujakan untuk peminat motosikal Honda muncul di salah satu pasaran serantau, Vietnam apabila negara ‘kelahiran’ Honda Winner X (RSX) itu dijadual melancarkan sebuah model baharu, bulan ini.

Hantaran di laman FB Honda Motor Vietnam mengenai pelancaran model baharu

Menerusi hantaran di media sosial rasmi syarikatnya, Honda Motor Vietnam akan memperkenalkan sebuah model baharu pada tarikh 22 Disember ini dan bersama hantaran itu adalah sekeping imej berkemungkinan lampu depan model berkenaan.

Juga baca: Tiada lagi spekulasi, Honda Vario 160 2022 akhirnya lancar di Indonesia, harga bermula RM 7.5k!

Honda Vario 160

Melihat kepada imej berkenaan, ia nampak mirip seperti Honda Vario 160 yang baru saja dilancarkan di pasaran Malaysia, bulan lalu.

Honda Winner X

Tetapi ramai juga peminat Honda di negara berkenaan mengharapkan ia adalah model serba baharu bagi kapcai ‘Super moped’ handalan jenama itu, Winner X dan ia bukan sesuatu yang mustahil.

Selepas diperkenalkan secara ‘premiere’ pada pertengahan 2019, Honda Winner X menjadi jaguh buat Honda di Vietnam malah model berkenaan pada satu ketika berjaya ‘menghentikan’ dominasi Yamaha Exciter 150 atau Y15ZR di pasaran berkenaan.

Juga baca: Penantian berakhir, Honda RS-X 2021 dilancar, harga asas RM 8,688!

Yamaha Exciter 150 

Begitupun Yamaha kembali melawan dengan menghasilkan Yamaha Exiter 155 VVA yang turut dikenali sebagai Y16ZR di Malaysia.

Yamaha Exciter 155 VVA​​​

Justeru, timbul khabar angin Honda ingin ‘menghangatkan’ semua perseteruan itu dengan memperkenalkan versi terbaharu Winner X yang berkemungkinan besar menggunakan trenkuasa baharu yang lebih bertenaga.

Imej render Honda Winner X 160 media di Vietnam

Melihat kepada penawaran Honda dalam segmen bawah 150 cc (automatik), semua model jenama berkenaan sudah menggunakan trenkuasa baharu iaitu Honda PCX 160, Honda Vario 160, Honda ADV 160 dan Honda Blade 160.

Juga baca: Honda Vario 160 (2022) dirasmikan di Malaysia, varian tunggal lengkap ABS, harga asas bermula RM 10k!

Begitupun untuk model menggunakan klac seperti Honda Winner X, CBR 150R dan CB150R, ia masih kekal dengan trenkuasa sedia ada dan untuk syarikat dengan kaliber sebesar Honda, proses menaiktaraf bukanlah sesuatu yang terlalu sukar.

Di pasaran Malaysia, Honda Winner X datang sebagai model Honda RSX dan dilancarkan pada pertengahan tahun lalu. Seperti dijangka, ia pantas menjadi model ‘hit’ Boon Siew Honda (BSH) ketika ini.

Sekalipun cukup laris di Malaysia, Vietnam dan beberapa lagi pasaran, anehnya Honda Winner X masih belum tiba di salah satu pasaran motosikal terbesar dunia iaitu Indonesia. Dan kerana itu ia menjadi sebab mengapa model berkenaan masih belum diberikan kemas kini sehingga kini. Sama-sama kita nantikan.

Juga baca: ‘Goyang’ dengan Exciter 155 VVA! Honda Winner X bakal lebih berkuasa, canggih?

Source: Honda Motor Vietnam lancar model baharu bulan ini, Winner X (RSX) 160 atau Vario 160?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

WelfulloutDoors.com