Formula turunkan harga kereta Rafizi Ramli boleh jalan? Rakyat tunggu Menteri Ekonomi ‘walk the talk’

Formula penurunan harga kereta yang diwar-warkan oleh Rafizi Ramli pada 2013 kini diutarakan semula oleh rakyat Malaysia memandangkan beliau baru saja dilantik sebagai Menteri Ekonomi dalam kerajaan pimpinan Perdana Menteri ke-10, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut kenyataan terdahulu, Rafizi pernah menyenaraikan harga kereta pelbagai model tanpa cukai dan menunjukkan betapa murahnya harga jualan kereta serba baru jika mekanisma percukaian ini dirombak. Antara contoh yang diberikan termasuk Perodua Myvi yang berharga RM 46,000 (ketika itu) boleh turun sehingga RM 24,860 jika cukai eksais 75% dan cukai jualan 10% disingkirkan.

Sumber: FB Rafizi Ramli

Formula kiraan tersebut adalah sebahagian daripada manifesto Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu kira-kira 10 tahun lalu. Pada masa itu, beliau mendakwa sekiranya parti berkenaan diberi mandat mentadbir negara, inisiatif Turunkan Harga Kereta akan dilaksanakan.

Memetik kenyataan di laman sesawang rafiziramli.com, kempen Turunkan Harga Kereta ini mula digerakkan sejak 2012.

Sumber: FB Rafizi Ramli

“Saya mendesak supaya penghapusan cukai eksais dilaksanakan kepada semua kenderaan persendirian kecuali kenderaan mewah. Penghapusan cukai eksais tidak boleh diberikan mengikut saiz enjin kereta kerana ada kereta MPV yang saiz enjinnya lebih besar tetapi digunakan oleh keluarga berpendapatan rendah, berbanding ada kereta mewah yang saiz enjinnya kecil tetapi hanya mampu dimiliki golongan berada,” tulisnya dalam satu kenyataan yang dimuatnaik pada Oktober 2016.

“Penghapusan cukai eksais juga perlu diberikan kepada motosikal kecuali motosikal berenjin besar yang dikategorikan sebagai motosikal mewah,” tambahnya lagi.

Juga baca: Rakyat Malaysia membayar cukai kereta sebanyak RM 10 bilion setiap tahun. Macam mana perkara ini boleh terjadi?

Ternyata, orang ramai menanti-nantikan formula kiraan ini dilaksanakan memandangkan kini beliau sudah memegang portfolio Menteri Ekonomi. Adakah sinar harapan untuk rakyat Malaysia merasa membeli kereta pada harga jauh lebih rendah?

Source: Formula turunkan harga kereta Rafizi Ramli boleh jalan? Rakyat tunggu Menteri Ekonomi ‘walk the talk’

Leave a Reply

Your email address will not be published.

WelfulloutDoors.com