BMW CE04 (2022) tiba di Thailand, varian tunggal, harga ‘padu’ RM 108k!

BMW Motorrad memperkenalkan penawarannya dalam segmen ‘hijau’, BMW CE04 tahun lalu dan skuter elektrik futuristik itu, baru-baru ini sudah pun mendarat di pasaran negara jiran, Thailand.

Dilancarkan sempena Thailand Motor Expo 2022, hanya satu varian dan pilihan warna tunggal ditawarkan oleh BMW Motorrad Thailand untuk BMW CE04 ini iaitu Avantgarde Style bersama harga jualan yang agak ‘seram’ iaitu 859,000 baht (RM 108,535).

Juga baca: BMW Motorrad lancar skuter elektrik CE04, rekaan futuristik, kuasa 42 Hp!

Begitupun dengan harga itu, tempoh jaminan yang diperoleh adalah selama lima tahun selain servis percuma.

Sebagai info, BMW CE04 bukanlah penawaran pertama BMW Motorrad dalam segmen skuter elektrik dan ia dihasilkan bagi menggantikan model C Evolution.

Tetapi, BMW Motorrad berharap motosikal ini berupaya menjadi pencetus evolusi terhadap skuter elektrik terutama menerusi reka bentuk yang unik atau mungkin pelik selain teknologi yang dipadankan.

Mengulas spesfikasi trenkuasa, skuter ini menggunakan motor elektrik 31 kW dengan kuasa bateri lithium-ion berkuasa 8.9 kWh yang menyaksikan kuasanya setaraf 42 Hp dan tork 62 Nm, dipacu tali sawat.

Justeru, ia mampu mencapai kelajuan 0-50 km/j dalam masa 2.6 saat dengan kelajuan maksimum 120 km/j. Dengan pengecasan penuh, BMW Motorrad mendakwa BMW CE04 boleh mencapai jarak tunggangan 130 km (mengikut cara tunggangan).

Juga baca: BMW R 18 Classic, S 1000 RR 2021 rasmi tiba di Malaysia. Harga RM 154,500 dan RM 121,500!

Sistem pengecas yang ditawarkan adalah dua iaitu menggunakan soket pengecas domestik sebagai standard selain pengecas pantas seperti yang ada di stesen penyecas awam. Untuk pengecas standard, masa yang diambil untuk pengecas penuh adalah 4 jam 20 minit.

Tetapi jika menggunakan pengecas pantas, masa yang diambil dikurangkan kepada 1 jam 40 minit. Jika kuasa bateri berada pada tahap 20 peratus, masa yang diambil untuk mencapai 80 peratus hanyalah 45 minit.

Ada tiga mod tunggangan tersedia iaitu Eco, Rain dan Road selain satu lagi mod iaitu Dynamic bagi mendapatkan respon terotel yang lebih baik. Seperti skuter moden lain,  BMW CE04 memiliki sistem Kawalan Stabiliti Automatik (ASC) dan Kawalan Traksi.

Di bahagian suspensi, sistem yang digunakan adalah fork teleskopik bersama penyerap hentak tunggal (belakang) bersama lengan ayun tunggal. Sistem suspensi yang digunakan lengkap dengan ciri pelarasan.

Di bahagian brek, BMW CE04 menggunakan brek cakera berkembar (depan) manakala brek cakera tunggal (belakang) dan lengkap dengan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dengan sistem ABS Pro datang sebagai pilihan.

Set roda yang digunakan adalah 120/70-15 (depan) dan 160/60-15 (belakang) manakala ruang simpanan bawah palana yang besar dan mampu memuatkan sebuah helmet ‘full-face’.

Juga baca: 2020 BMW R 18 First Edition dilancarkan. Cruiser moden 1,800 cc BMW bermula dari RM 149,500

Ciri-ciri lain adalah seperti panel meter TFT bersaiz 10.25 inci yang lengkap dengan sambungan ke telefon pintar dan sistem navigasi serta sistem lampu LED penuh. Teknologi ‘Adaptive Headlight Pro’ ada namun ditawarkan sebagai pilihan.

 

Source: BMW CE04 (2022) tiba di Thailand, varian tunggal, harga ‘padu’ RM 108k!

Leave a Reply

Your email address will not be published.

WelfulloutDoors.com