VIDEO: Perodua Ativa ‘tekan-tekan preggy’ ada darah Myvi, buat hal di jalan raya macam ‘King’

Tangkap layar.

Baru-baru ini, tertular satu klip TikTok dari @c_l_i_28 yang memperlihatkan satu perlakuan di Kepong berkenaan sebuah Perodua Ativa merah yang meredah pembahagi jalan belah kiri secara bersahaja untuk melepasi sebuah lori.

Berdasarkan sudut rakaman tersebut, perbuatan si Ativa itu mengingatkan netizen tentang karakter ‘King’ jalanan kita iaitu Perodua Myvi yang mana pemandu-pemandu kereta hatchback itu sering menjadi terlalu berani sehingga boleh buat perkara-perkara yang tidak disangka di jalan raya.

@c_l_i_28 area kepong#fypシ #kepong ♬ suara asli – 🇮🇩𝐌𝐚𝐳𝐬𝐞𝐡𝐡 𝐄𝐯𝐚𝐧🦏

Walau apapun, Ativa yang viral ini sememangnya berkebolehan dalam menaiki pembahagi jalan kerana spesifikasi tayar dan ketinggian badannya lebih sesuai untuk meredah segala pancaroba di bandaraya Kuala Lumpur.

Disebabkan klip rakaman tersebut turut memainkan lagu yang lucu, rata-rata pengguna media sosial turut mengambil kesempatan dengan meluahkan komen-komen yang kelakar. Antaranya seperti di bawah:

Source: VIDEO: Perodua Ativa ‘tekan-tekan preggy’ ada darah Myvi, buat hal di jalan raya macam ‘King’

Leave a Reply

Your email address will not be published.

WelfulloutDoors.com