Yamaha XMax 300 (2023) serba baharu sedia lancar di Thailand, Malaysia (XMax 250) dijadual suku pertama tahun depan?

Mengikuti pelancaran ‘premiere’ di Eropah, Yamaha Motor Thailand dijadual melancarkan versi terbaharu skuter maxi handalan jenama itu, Yamaha XMax 300 (2023) sempena acara Thailand Motor Expo 2022 bulan depan.

Tampil dengan rekaan serba baharu yang katanya lebih elegan dan futuristik (bersegi), Yamaha XMax 300 (2023) serba baharu ini membuat penampilan sulung di Eropah pada bulan lalu.

Juga baca: Yamaha XMax (2023) serba baru lancar di Eropah, rekaan ‘disegarkan’, guna panel meter TFT ada Garmin!

Poster mengenai Yamaha XMax 300 serba baharu akan dilancar di Thailan Motor Expo 2022

Tetapi lebih menarik, ‘Adik kembarnya’ iaitu Yamaha XMax 250 (2023) juga tidak menunggu masa lama untuk debut di Indonesia. Sebagai salah satu pasaran motosikal/skuter terbesar dunia, ia bukanlah sesuatu yang pelik buat Indonesia memperoleh skuter berkenaan lebih awal, sama seperti Thailand.

Kembali kepada pelancaran Yamaha XMax 300 (2023), perkembangan mengenainya diperoleh daripada laporan media di Thailand lebih awal dengan pengumuman mengenainya turut dibuat di laman sosial rasmi Yamaha Thailand.

Selain perubahan rekaan yang cukup ketara, Yamaha XMax 300 (2023) di pasaran Eropah turut mendapat kemas kini yang komprehensif di bahagian teknologi.

Tidak lagi menggunakan panel meter gabungan analog dan digital, versi terbaharu skuter ini tampil dengan panel meter TFT berwarna (versi TechMax) yang turut memiliki ciri navigasi Garmin.

Juga baca: Yamaha XMAX 250 Connected (2023) serba baharu debut di Indonesia, skrin TFT, harga RM 19.9k!

Selain itu, ia turut datang dengan ciri sambungan ke telefon bimbit menerusi aplikasi Myride, Sistem Kunci Pintar dan pelbagai lagi ciri menarik.

Di bahagian trenkuasa, tiada perubahan berlaku dengan Yamaha XMax 300 (2023) ini kekal dengan enjin 292 cc, 1 Silinder, 4 Injap, 4 Lejang, Penyejuk Cecair, Suntikan Bahan Api, SOHC, yang digandingkan dengan transmisi automatik. 

Kuasa yang dihasilkan berada pada angka 28 Hp pada 7,250 rpm dan tork 29 Nm pada 5,750 rpm.

Seperti yang kami laporkan sebelum ini, Yamaha XMax 250 (2023) serba baharu sudah pun dilancarkan di pasaran jiran Indonesia dengan tempahan sudah pun dibuka dengan penghantaran pertama dijadual tidak lama lagi.

Sumber imej: Media sosial

Tetapi apa yang menarik, pihak Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) juga sedang sibuk menjalankan ujian terhadap Yamaha XMax 250 serba baharu itu dengan beberapa imej foto intip sudah pun tersebar di media sosial.

Sumber imej: Media sosial

Dan berdasarkan maklumat yang diperoleh, skuter berkenaan tidak akan menunggu masa yang lama untuk dilancarkan berdasarkan popularitinya di pasaran tempatan dan dijadual pada suku pertama tahun depan. Sama-sama kita tunggu.

Juga baca: Yamaha XMax 250 versi terbaharu dah sampai Malaysia, diintip jalani ujian, pelancaran dah dekat?

Source: Yamaha XMax 300 (2023) serba baharu sedia lancar di Thailand, Malaysia (XMax 250) dijadual suku pertama tahun depan?

Leave a Reply

Your email address will not be published.

WelfulloutDoors.com