Ini harga Toyota Camry kenderaan rasmi PM-10 Anwar tanpa cukai, boleh buat pemimpin lain malu!

Perdana Menteri ke-9 Ismail Sabri dan pendahulunya Muhyiddin Yassin masing-masing menaiki Toyota Alphard (DEM 1) dan Toyota Vellfire (JBM 2). Namun, Perdana Menteri yang baru dilantik Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memutuskan bahawa beliau hanya memerlukan Toyota Camry untuk menjadi kenderaan rasminya.

Bercakap kepada media di luar ibu pejabat PKR semalam, Anwar menunjuk ke arah Camry miliknya dan berkata “Okay, kan?,” sambil menambah bahawa dia telah menolak sebuah Mercedes S600 yang ditempah oleh perdana menteri terdahulu.

Berdasarkan pemerhatian, Toyota Camry berwarna hitam tersebut (WRN 222) adalah model facelift terbaharu, yang dilancarkan oleh UMW Toyota Motor pada awal Februari 2022.

Baca: Rebiu: Toyota Camry facelift 2022 – penuh dengan ciri eksekutif, dah tak perlu beli segmen premium?

Diimport (CBU) dari Thailand, Toyota Camry baharu dikuasakan oleh enjin 2.5 liter aspirasi semulajadi Dynamic Force (A25A-FKS), dipadankan dengan transmisi automatik 6-kelajuan. Model itu berharga RM 209,800 jika dibeli baharu. Sebaliknya, sekiranya ia didaftarkan sebagai kenderaan kerajaan, ia akan dikecualikan daripada cukai, yang akan menurunkan harganya kepada RM 126,000.

Toyota Camry ialah kenderaan ber-chauffeur yang sangat sesuai. Tempat duduk penumpang hadapan misalnya, mempunyai suis bahu supaya Anwar boleh melaraskan tempat duduk di hadapan dengan mudah untuk ruang kaki yang lebih luas, manakala tempat letak kepala juga boleh dilipat supaya anggota polis pengiring dapat melihat jauh ke hadapan.

Audio infotainment, suhu A/C, pelindung matahari, boleh dikawal dari konsol tengah belakang

Toyota Camry juga merupakan satu-satunya model dalam kelasnya yang menampilkan penyaman udara automatik tiga zon (pemandu, penumpang hadapan, penghuni belakang) dan tempat duduk belakang dengan penyandar berkuasa, semuanya dikawal melalui konsol tempat letak tangan tengah.

Tidak keterlaluan untuk Anwar supaya sekali-sekala memandu Toyota Camry ini sendiri, seperti yang ditunjukkan oleh Sultan Brunei dan mentor Tun Mahathir kerana Toyota Camry juga masih mempunyai dinamik pemanduan yang terbaik dalam kelas harga suku juta ringgit.

Toyota Camry berada pada titik tepat untuk kesemua yang anda inginkan daripada sebuah kenderaan. Geng baik beli akan mengesyorkan untuk ‘topup sikit’ untuk sebuah BMW 3 Series tetapi secara objektif, hanya imej jenama sahaja yang dibeli.

Anwar kemudiannya berkata dalam satu hantaran Facebook bahawa Toyota Camry ini bukanlah pembelian baharu, dan beliau akan menggunakan mana-mana kereta yang sudah ada dalam armada Pejabat Perdana Menteri.

Baca: Dari RM 5.8k sebulan, Toyota Vellfire ganti Proton Perdana sebagai kenderaan rasmi menteri!

“Langkah ini diambil kerana saya tidak mahu sebarang perbelanjaan tambahan dibuat,” ujar Anwar. Sebagai Perdana Menteri, tugas pertamanya adalah mempengerusikan Mesyuarat Khas Majlis Tindakan Sara Hidup Negara Tahun 2022, dan memberi para penjawat awam yang efisien ini 2 minggu untuk mencapai mekanisme subsidi sasaran yang lebih baik.

Bagi Mercedes-Benz S600 yang ditempah oleh perdana menteri sebelum ini, kemungkinan besar adalah unit grey import.

S-Class generasi semasa hanya mencecah varian S580 tertinggi. Di peringkat global, S600 juga sudah tidak dijual

Mercedes-Benz S-Class generasi V223 sekarang (dengan jarak roda panjang) yang dijual oleh Mercedes-Benz Malaysia hanya terdapat dalam dua varian, lebih rendah daripada S600. Varian hibrid Mercedes-Benz S-Class S580e pemasangan tempatan (CKD) dijual pada harga RM 708,888 manakala model import (CBU) Maybach S580 4Matic berharga RM 1,850,888.

Di peringkat global, tiada S600 untuk generasi Mercedes-Benz S-Class generasi W223 / V223 semasa, jadi model yang dirujuk di sini berkemungkinan besar model generasi W222 / V222 sebelumnya, yang mencadangkan model yang dipesan oleh pentadbiran terdahulu adalah model grey import.

Kenderaan kerajaan biasanya disewa daripada syarikat luar dan bukannya dibeli terus daripada pengedar sah di Malaysia.

Armada Toyota Vellfire yang digunakan oleh menteri-menteri Kabinet sebelum ini disewa daripada Spanco, pada RM 4,851.61 sebulan. Persoalannya, adakah barisan Menteri seterusnya (akan diumumkan) akan terus menggunakan Toyota Vellfire ini jika bos mereka hanya menggunakan Camry?

Baca: Proton Perdana tamat pengeluaran, Toyota Vellfire lebih jimat – MoF

Source: Ini harga Toyota Camry kenderaan rasmi PM-10 Anwar tanpa cukai, boleh buat pemimpin lain malu!

Leave a Reply

Your email address will not be published.

WelfulloutDoors.com