GWM akan mula CKD tahun 2023 – Haval H6, GWM Pao dan Ora EV menyusul untuk saingi jenama Jepun!

Ketika pelancaran Ora Good Cat, Presiden Great Wall Motor (GWM), Elliot Zhang berkongsi bahawa syarikat itu akan memulakan model pemasangan tempatan (CKD) di Malaysia mulai tahun 2023.

Zhang juga mengatakan bahawa pengenalan projek CKD akan mewujudkan lebih daripada 2,000 pekerjaan dengan kilang pemasangan akan dijalankan dengan kerjasama GoAuto, dan akan diselenggara di Gurun, Kedah.

Beliau berkata bahawa “Kenderaan elektrik (EV) dalam perancangan tetapi berkemungkinan SUV dan trak pikap akan dikeluarkan terlebih dahulu,” di mana kenyataan ini merujuk kepada model pemasangan tempatan.

Great Wall Motors secara rasminya hadir di 4 negara iaitu Thailand, Laos, Kemboja dan Brunei. Dalam usaha untuk mengembangkan lagi perniagaan di rantau ASEAN, 4 lagi negara, iaitu Malaysia, Vietnam, Filipina dan Singapura menyusul.

Zhang menambah bahawa Great Wall Motor (GWM) akan melancarkan 9 model dalam masa 3 tahun di sini, dengan matlamat untuk menjadi peneraju xEV Malaysia, walaupun tidak mendedahkan mengenai butiran model yang akan ditawarkan.

Apa yang didedahkan adalah model akan datang GMW merangkumi semua jenis gaya badan – daripada SUV, sedan, hinggalah trak pikap.

Baca: Spyshot: Samaran Haval H6 2022 dijumpai di Malaysia, siap 2 unit, hibrid mungkin salah satu?

Haval H6 PHEV

Sebagai rujukan, GWM adalah syarikat induk di mana Ora merupakan subsidiari jenama EV dan Haval adalah subsidiari yang menghasilkan kereta enjin pembakaran dalaman (ICE) biasa.

Haval H6 PHEV misalnya, melakukan debut global di Thailand dan bukannya pasaran domestik China justeru memberi petunjuk bahawa ia mempunyai sasaran yang lebih besar di rantau ini. SUV hibrid ini juga sudah berada di tempat parkir GWM Malaysia.

Selain itu, model lain yang bakal menyusul adalah Haval H6 biasa, Haval Jolion dan GWM Pao.

Baca: Spyshot: GWM Pao kini di Malaysia, ingin cabar Hilux, D-Max, Triton & Ranger!

Source: GWM akan mula CKD tahun 2023 – Haval H6, GWM Pao dan Ora EV menyusul untuk saingi jenama Jepun!

Leave a Reply

Your email address will not be published.

WelfulloutDoors.com