Janji gandakan pelaburan di Thailand, Great Wall Motor mahu Thai jadi hab pengeluaran EV

Pengeluar kereta dari China, Great Wall Motor (GWM), berjanji untuk menggandakan pelaburan mereka di Thailand dengan rancangan pelaburan keseluruhan berjumlah THB 22.6 bilion (RM 2.8 bilion) bagi mengukuhkan kedudukan mereka di negara itu sebagai jenama kenderaan elektrik (EV) terunggul.

Memetik laporan Nikkei Asia, Pengarah Urusan Great Wall Motor (Thailand) Narong Sritalayon berkata mereka bukan saja akan menghasilkan EV namun juga alat ganti serta infrastruktur EV di Thailand. Usaha ini diharap dapat menjadikan Thailand hab produksi EV di ASEAN.

Keyakinan dalam pelaburan ini turut didorong oleh prestasi jualan GWM yang memberangsangkan serta komitmen oleh kerajaan Thailand dalam memacu perkembangan EV di negara berkenaan. Setakat ini, GWM berjaya menjual 11,796 unit kenderaan dalam tahun ini – melangkaui ramalan Federation of Thai Industries yang menjangkakan jualan 10,000 unit oleh semua jenama EV pada 2022.

Juga baca: Ora Good Cat ‘tapau’ jualan EV Thailand pada S1 2022, boleh ke ulang kejayaan di Malaysia?

Dua model terlaris GWM di Thailand berjaya terjual sebanyak 8,094 unit dari Q1 – Q3, terdiri daripada jualan SUV hybrid Haval H6 dan EV Ora Good Cat.

Juga baca: Prebiu: Ora Good Cat bakal dilancarkan di Malaysia pada Nov ini, harga sekitar RM 150k?

Pencapaian ini juga boleh dikaitkan dengan pemberian subsidi oleh kerajaan Thailand yang menjadikan EV lebih mampu milik; antara THB 70,000 – 150,000 bergantung pada model dan kapasiti bateri.

Sejak GWM memasuki pasaran Thailand kira-kira dua tahun lalu, syarikat itu telah melabur THB 12 bilion (RM 1.5 bilion) bagi penghasilan EV dan mencipta lebih 3,000 peluang kerja di kilang pemasangannya di wilayah Rayong.

Source: Janji gandakan pelaburan di Thailand, Great Wall Motor mahu Thai jadi hab pengeluaran EV

Leave a Reply

Your email address will not be published.

WelfulloutDoors.com