Hafizh Syahrin muat naik uacapan selamat tinggal kepada Honda CBR1000RR-R, WSBK Australia perlumbaan terakhir?

Jaguh negara di pentas Kejuaraan Superbike Dunia (WSBK) 2022, Hafizh Syahrin Abdullah ketika ini berada Litar Phillip Island, Australia untuk menghabiskan kempen di perlumbaan elit itu pada musim ini.

Tiba di Australia dengan motivasi tinggi susulan prestasi positif ketika perlumbaan di Mandalika, Indonesia minggu lalu, Hafizh pasti berharap persembahan sama mampu diulang atau meraih keputusan lebih baik.

Tetapi ketika ramai pelumba di kejuaraan itu sudah pun mengetahui destinasi atau ‘nasib’ mereka pada musim depan sebelum tiba di Australia, Hafizh begitupun sebaliknya dan masih berteka-teki sehingga kini.

Dan menjelang sesi latihan bebas di Phillip Island, bekas pelumba MotoGP negara itu mengeluarkan satu status agak mengejutkan di laman sosialnya yang mungkin berkaitan dengan masa depannya.

“Ayuh lakukan yang terbaik bersama,” tulisnya bersama imej motosikalnya, Honda CBR1000RR-R bersama krew pasukan. “Perlumbaan terakhir ‘baby’. Terima kasih atas segala-galanya.”

Hafizh sebelum ini dikatakan akan memberi kata putus mengenai masa depannya bersama pasukan, MIE Racing Honda selepas perlumbaan di Australia.

Sekalipun status berkenaan tidak berkemungkinan memberi maksud ia adalah ‘penamat’ Hafizh bersama MIE Racing Honda, hakikat pahit yang perlu ditelan adalah jentera Honda memang tidak begitu kompetitif di WSBK pada musim ini.

Pelumba terbaik daripada Honda dan beraksi bersama pasukan ‘Factory’, Iker Lecuona sekadar menghuni tangga ke-9 keseluruhan dengan Hafizh lebih jauh di tangga ke-23 selepas 9 mata kejuaraan.

Bos MIE Racing Honda, Midori Moriwaki ketika ditemui sebelum ini menyuarakan hasrat untuk melihat Hafizh kekal dalam pasukan itu musim depan tetapi segala-galanya bergantung kepada pelumba berkenaan. 

Juga baca: Legasi bakal berakhir? Hafizh Syahrin beri bayangan ‘pilu’ undur diri!

Juga baca: Hafizh Syahrin tambah mata kejuaraan di WSBK 2022 Mandalika, sifatkan ia ‘hujung minggu yang baik’!

Source: Hafizh Syahrin muat naik uacapan selamat tinggal kepada Honda CBR1000RR-R, WSBK Australia perlumbaan terakhir?

Leave a Reply

Your email address will not be published.

WelfulloutDoors.com